Friday, June 23, 2017

Entry Sebelum Cuti Raya

Assalamualaikum

Korang dah kat kampung ke? Yuyu baru nak kemas luggage ni ha. Baju pun kat penyidai lagi. hahahahahahaha. --' *larinangistepirakbuku*

Tahun ni, kami plan awal-awal dah, tahun beraya di Batu Gajah & Bidor. Sebelah suami lah pulak. Plannya juga nak balik kampung dua hari sebelum raya, tapi, hari ni dua hari sebelum raya ni, baju baru basuh, orang baru datang kemas rumah, luggage tak siap lagi. Tengok pulak waze, alahaiii .... (tidak lebih dari 18patah perkataan)

Ini nak balik ke tak sebenarnya? Padahal kan, masa awal puasa hari tu, dah excited dah nak buat samperit lah, mazola lah, siap bookmarked terus resepi blog kak Azlita, akhirnya, kuih tunjuk ja yang mampu buat. Baru nak uli tepung, dah kena uli anak sendiri. Habis terus tenaga ibu ni. 

Baiklah, untuk entry ni, yuyu cuma nak, ucapkan:

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
Dari yuyu sekeluarga. semoga Ramadhan & Syawal yang bakal tiba ni, akan menjadi moment indah yang diberkati Allah s.w.t. Amin. Minta maaf kalau ada salah silap & halalkan semuanya.


Terima kasih sudi baca :)
SHARE:

Monday, June 12, 2017

Hujung Minggu dengan Festira'17

Assalamualaikum

Salam Nuzul Quran!

sementara tengah cuti ni, email client tak masuk banyak, lebih baik yuyu share sikit pengalaman yuyu di Festira'17. survey siap-siap baju raya satu family, kuih raya, sambil tengok performance di setiap FESTIRA'17. yang dimaksudkan 'setiap' tu, adalah di: 
  1. SACC Mall
  2. Kompleks PKNS Shah Alam
  3. Kompleks PKNS Bangi
haa. semangat dak? :p

tak sure muka tu nak cari baju raya ke nak cari gaduh --'
SHARE:
Blogger Template Created by pipdig